Monday, January 14, 2013

Strawberry Oreo Chiffon Cake.


Assalamualaikum. nebesnyaa rasaa. hahah :) okay, ni first time Am buat belog masak masak ni. saja nak mencuba. cewahh, guna "AM" tauuu. hahah. sesuai untuk semua peringkat umur gituuu. oleh sebab lepas habis STPM ni memang takde keja nak buat, so dok kat rumah memang try resepi sana sini ja. then dok kagum dekat diorang yang buat belog macam ni. keinginan nak try buat tu membuak buak. maka dengan ini terciptalah belog ni. hihi. insyaAllah, Am cuba untuk terus membangunkan belog ni. bukan setakat hot hot chicken sh** je. heeee :3


SO! my first recipe adalah seperti tajuk dan gambar di atas. Strawberry Oreo Chiffon Cake. first time try resepi ni dah terpikat sangat. dia punya kenyal tu memang best. gebu! bila kunyah oreo tu pulak berangin ja rasa. hahahah. actually, resepi asal kek ni untuk blueberry. tapi tengok macam strawberry lagi best. hee, resepi ni Am ambik from KakSha. comel je dia buat. Am punya macam... hahah, taktau kenapa cream buat hal jadi kasar. nasib baik bukan untuk jual -,- resepi dia hasil yang Am ubah sikit. Sikit je, tak derhaka banyak. heee. Asal resepi ni dalam english, untuk memudahkan, Am tukar jadi melayu la ye. Lidah melayu.



RESEPI STRAWBERRY OREO CHIFFON CAKE

Bahan-Bahan

(A)
6 kuning telur
100g yogurt strawberry (Am guna jenama Dutch Lady)
150g tepung naik sendiri
100g gula castor 
1/2 sudu teh garam
100g minyak sayuran
sedikit pewarna pink dan perasa strawberry


(B)
6 putih telur
1/8 sudu teh cream of tar tar 
100g gula castor

*50g Oreo perisa blueberry - patah patahkan




Cara-Cara

- Panaskan oven 150C

- Pukul telur dan gula sampai gebu. Masukkan yogurt dan minyak.. kemudian masukkan tepung yang telah di ayak dan juga garam. seterusnya masukkan pewarna secukupnya. *letak ketepi

- Dalam mangkuk lain.. pukul telur putih dan cream of tartar sampai berbuih dan gebu.. perlahan lahan masukkan gula sedikit demi sedikit. pukul sampai adunan sampai soft peak. terbalikkan mangkuk, sekiranya tak tumpah atau bergerak, ia menjadi.

-  masukkan 1/3 adunan A kedalam adunan B dan kaup balikkan. kemudian masukkan lebihan adunan A kedalam adunan B tadi. kaup balik perlahan lahan sehingga adunan sebati dan bercampur. 

- kemudian tuangkan setengah adunan ke dalam tray pilihan. taburkan separuh oreo yang dipatahkan tadi. dan tuang lebihan adunan dan tabur sekali lagi oreo yang dipatahkan.

* bakar selama 50minit. setelah masak keluarkan dari oven dan terbalikkan tray dan biarkan sejuk. nanti mudah je dia keluar :)


Am try letak dalam cups. comel!

tips - tuang adunan sehingga hampir penuh cup.

heee, comel tak? well, baru first try. resepi ni best. nanti nak buat lagi. boleh la cuba. kalau taknak letak cream pun okay je. kurang lemak. hihi. SELAMAT MENCUBA!




2 comments: